Ikuti perkembangan program dan aktiviti terkini Parlimen Belia Malaysia (PBMy).
Program jelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan PBMy kepada belia berumur 18-30 tahun.
Johor – Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru. (11 April 2026)
Kelantan – UiTM Machang (25 April 2026)
Kemaskini rasmi mengenai keputusan mesyuarat, dasar belia, serta pengumuman penting daripada kepimpinan Parlimen Belia Malaysia.
4 Mac 2026 – Kelulusan Penubuhan 12 Parti PBMy.
Permohonan penubuhan Parti PBMy dilanjutkan sehingga 15 Mei 2026.
9 Mac 2026 – Kunjungan hormat kepada Pengarah Bahagian Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia
4 Mac 2026 – Mesyuarat Lembaga Tadbir Urus PBMy Bil. 1/2026.
16 Februari 2026 – Taklimat Penubuhan Parti PBMy kepada peserta oleh Pengerusi PBMy.
Persidangan bagi Ahli PBMy untuk membahaskan Usul-usul berkaitan isu semasa dan agenda pemerkasaan belia.
Parlimen Belia Malaysia merupakan platform kepada suara anak muda untuk menyuarakan pandangan dan cadangan, serta mengangkat isu-isu berkaitan belia. Program ini berbentuk pendidikan dan latihan untuk melahirkan pemimpin masa depan.
Satu inisiatif untuk memperkasa penglibatan belia dalam sistem demokrasi melalui teknologi digital. Pelaksanaan Pilihan Raya PBMy dibuat sepenuhnya dalam talian yang bermula dengan proses penamaan calon, kempen, dan proses pengundian.
Parlimen Belia Malaysia memberi ruang kepada generasi muda untuk belajar, memimpin, dan membuat keputusan secara kolektif. Setiap undian, perbincangan, dan cadangan polisi adalah langkah ke arah masa depan negara yang lebih inklusif.
Jawapan ringkas kepada pertanyaan umum mengenai penyertaan, pendaftaran, dan program Parlimen Belia.
Anda boleh mendaftar PBMy melalui link sini.
Persidangan Dewan PBMy dilaksanakan tiga kali setahun, selama dua hari bagi setiap sesi.
Warganegara Malaysia berumur 18-30 tahun.
Ahli PBMy dilantik selama dua tahun dari tarikh pelantikan. Ahli hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada hari pelantikan.
Parlimen Malaysia adalah “pembuat keputusan” manakala Parlimen Belia adalah “pemberi pendapat” daripada perspektif generasi muda.