MyDigital ID digunakan dalam sistem ePBMy bagi memudahkan proses log masuk yang lebih pantas, selamat dan efisien.
MyDigital ID juga digunakan semasa proses pengundian. Setelah anda memilih parti pilihan, anda perlu membuat e-Verification melalui MyDigital ID untuk mengesahkan identiti dan mengesahkan penghantaran undi anda.
Bagi menggunakan fungsi ini, pengguna perlu mempunyai aplikasi ePBMy dan aplikasi MyDigital ID pada peranti masing-masing.
MyDigital ID digunakan untuk:
- Log masuk ke ePBMy dengan lebih pantas dan selamat.
- e-Verification untuk mengesahkan penghantaran undi semasa pilihan raya.