PORTAL RASMI
PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBMy)

"Suara Belia, Suara Demokrasi"

PORTAL RASMI
PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBMy)

"Suara Belia, Suara Demokrasi"

Sistem Pilihan Raya

Aliran Proses Pilihan Raya

Parlimen Belia Malaysia menggunakan sistem Sistem Perwakilan Berkadar Berasaskan Senarai Parti, di mana pengundi memberikan undi kepada parti. Jumlah kerusi yang diperoleh oleh setiap parti akan ditentukan berdasarkan jumlah undi yang diterima oleh parti tersebut.

Undian Pengundi

Pengundi memberikan undi mereka kepada parti pilihan

Pengiraan Undi Parti

Dikira menggunakan formula Hare Quota

Agihan Kerusi

Diagihkan berdasarkan perkadaran undi yang diterima

Jumlah Kerusi Parlimen Mengikut Negeri

Jumlah Kerusi Parlimen Malaysia
Bendera Negeri / Wilayah ⇅ Jumlah Kerusi ⇅
Johor 26
Kedah 15
Kelantan 14
Melaka 6
Negeri Sembilan 8
Pahang 14
Pulau Pinang 13
Perak 24
Perlis 3
Sabah 25
Sarawak 31
Selangor 22
Terengganu 8
Kuala Lumpur 11
Labuan 1
Putrajaya 1
- Jumlah Keseluruhan 222

Setiap parti harus mencalonkan ahli parlimen PBMy yang dipertandingkan mengikut negeri. Jika gagal berbuat demikian dan jumlah ahli tidak mencukupi, parti tersebut akan disingkirkan daripada Pilihan Raya.

Formula Hare Quota

Formula Hare Quota digunakan untuk menentukan jumlah undi yang diperlukan untuk memperoleh satu kerusi.

Hare Quota

Jumlah Undi ÷ Jumlah Kerusi


Formula ini menentukan bilangan undi yang diperlukan untuk mendapat satu kerusi

Penetapan nilai ambang undian sebanyak 5% untuk satu kerusi

Contoh Pengiraan

Negeri

Kedah

Jumlah Undi

150,000

Jumlah Kerusi

15

Pengiraan:

150,000 ÷ 15 = 10,000

Kesimpulan:

1 kerusi = 10,000

Parti Jumlah Undian yang Dimenangi Bilangan Kerusi Mengikut Parti
A30,0003
B20,0002
C10,0001
D22,0002.2 (2 kerusi)
E40,0004
F18,0001.8 (2 kerusi)
G10,0001
Jumlah Parti = 7 Jumlah undian = 150,000 Jumlah kerusi = 15 (2.2 dikira 2 kerusi dan 1.8 dikira 2 kerusi)

Proses pengagihan undi dijalankan dalam dua pusingan bagi memastikan tiada undi yang terbazir.

Pusingan Pertama

Memperuntukkan kerusi berdasarkan kuota penuh yang dicapai oleh setiap parti.

Pusingan Kedua

Menggunakan Kaedah Baki Terbesar (largest remainder method), yang mana baki kerusi diagihkan satu demi satu kepada parti yang mempunyai baki undi tertinggi sehingga semua kerusi diisi sepenuhnya.

© 2026 Parlimen Belia Malaysia