PORTAL RASMI
PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBMy)

"Suara Belia, Suara Demokrasi"

PORTAL RASMI
PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBMy)

"Suara Belia, Suara Demokrasi"

Calon Perwakilan PBMy

Syarat-Syarat Kelayakan Calon Perwakilan PBMy

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk layak sebagai calon perwakilan PBMy.

Syarat Tambahan

    1. Menyertai satu Parti yang telah berdaftar dengan PBMy
    2. Dicalonkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tersebut
    3. Diluluskan oleh LTU

LTU berhak untuk mengugurkan mana-mana calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan.

Kriteria Calon Perwakilan PBMy

Penamaan Calon Perwakilan

Bagi memastikan proses penamaan calon Parlimen Belia Malaysia (PBMy) dilaksanakan secara teratur, inklusif dan mengambil kira kepelbagaian demografi setiap negeri, semua parti yang bertanding hendaklah mematuhi ketetapan berikut:

1. Senarai Calon Mengikut Negeri

  1. 1.1Setiap parti hendaklah mengemukakan 100% senarai calon berdasarkan jumlah kerusi yang dipertandingkan di setiap negeri.
  2. 1.2Bagi tujuan penamaan calon, status calon tempatan hendaklah ditentukan berdasarkan negeri yang tercatat pada Kad Pengenalan (MyKad) calon.
  3. 1.3Sekiranya parti tidak dapat memenuhi keseluruhan senarai menggunakan calon tempatan, parti dibenarkan menggunakan komposisi sekurang-kurangnya 70% calon tempatan dan sehingga 30% calon luar negeri.
  4. 1.4Pertimbangan khas boleh diberikan oleh Sekretariat PBMy bagi negeri atau wilayah yang mempunyai jumlah kerusi yang terhad.

2. Pencalonan Silang Parti

  1. 2.1Pencalonan silang parti tidak dibenarkan.
  2. 2.2Setiap calon hanya boleh bertanding mewakili parti yang didaftarkan. Sebarang penggabungan parti hendaklah dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon, tertakluk kepada ketetapan yang ditetapkan oleh Sekretariat PBMy.

3. Perwakilan Calon Wanita

  1. 3.1Bagi memastikan keterwakilan wanita dalam senarai keutamaan calon, tiga (3) calon teratas hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya seorang (1) calon wanita.

4. Definisi Calon Minoriti

  1. 4.1Bagi maksud penamaan calon PBMy, calon minoriti merujuk kepada calon yang memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada kategori berikut:
    1. i.Orang Kurang Upaya (OKU);
    2. ii.Orang Asli;
    3. iii.Bukan Bumiputera; atau
    4. iv.kumpulan etnik atau komuniti Bumiputera minoriti, khususnya di Sabah dan Sarawak, yang bukan daripada kumpulan etnik utama atau dominan di negeri berkenaan.
  2. 4.2Seseorang calon yang memenuhi sekurang-kurangnya satu (1) daripada kategori di atas boleh diambil kira sebagai calon minoriti.
  3. 4.3Bagi Sabah dan Sarawak, penentuan calon minoriti hendaklah mengambil kira kepelbagaian etnik dan demografi setempat serta tidak terhad kepada kategori Bukan Bumiputera sahaja.

5. Kadar Perwakilan Calon Minoriti

  1. 5.1Setiap parti hendaklah memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan senarai calon bagi setiap negeri terdiri daripada calon minoriti.
  2. 5.2Walau bagaimanapun, bagi Kelantan dan Terengganu, kadar minimum perwakilan calon minoriti ditetapkan sebanyak 10% daripada keseluruhan senarai calon.
  3. 5.3Syarat perwakilan calon minoriti dikecualikan bagi negeri atau wilayah yang mempunyai tiga (3) kerusi atau kurang iaitu Perlis, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  4. 5.4Sekiranya pengiraan kadar minimum menghasilkan angka perpuluhan, jumlah calon minoriti hendaklah dibundarkan ke atas kepada nombor bulat terdekat.

6. Agihan Calon Minoriti dalam Senarai Keutamaan

  1. 6.1Bagi memastikan calon minoriti tidak tertumpu pada kedudukan tertentu sahaja, keseluruhan senarai keutamaan calon bagi setiap negeri hendaklah dibahagikan kepada tiga (3) kelompok yang hampir sama. Pembahagian hendaklah dibuat mengikut turutan senarai keutamaan calon.
  2. 6.2Sekiranya jumlah calon tidak dapat dibahagikan sama rata kepada tiga (3) kelompok, baki kedudukan hendaklah diagihkan bermula daripada Kelompok 3, diikuti Kelompok 2, supaya perbezaan saiz antara kelompok tidak melebihi satu (1) kedudukan.
  3. 6.3Jumlah minimum calon minoriti hendaklah diagihkan antara ketiga-tiga kelompok berdasarkan jadual di bawah:

    Jadual Agihan Calon Minoriti Mengikut Senarai Keutamaan.

    Jumlah Calon Kelompok 1 Kelompok 2 Kelompok 3
    6 1–2 3–4 5–6
    8 1–2 3–5 6–8
    11 1–3 4–7 8–11
    14 1–4 5–9 10–14
    22 1–7 8–14 15–22
    25 1–8 9–16 17–25
    26 1–8 9–17 18–26
    31 1–10 11–20 21–31
  4. 6.4Bagi negeri yang mempunyai tiga (3) atau lebih calon minoriti, setiap kelompok hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) calon minoriti, manakala baki calon minoriti hendaklah diagihkan secara seimbang mengikut saiz kelompok.
  5. 6.5Bagi negeri yang mempunyai tiga (3) atau lebih calon minoriti, setiap kelompok hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya seorang (1) calon minoriti, manakala baki calon minoriti hendaklah diagihkan secara seimbang antara kelompok berdasarkan saiz setiap kelompok.
  6. 6.6Sekiranya pembahagian jumlah calon kepada tiga (3) kelompok menghasilkan baki, baki kedudukan hendaklah dimasukkan ke dalam kelompok berikutnya secara berperingkat supaya saiz setiap kelompok kekal hampir seimbang.

7. Pengisian Kerusi Berdasarkan Senarai Keutamaan

  1. 7.1Setiap parti hendaklah menyusun calon mengikut turutan keutamaan semasa mengemukakan senarai calon bagi setiap negeri.
  2. 7.2Senarai keutamaan tersebut akan menjadi asas bagi menentukan calon yang mengisi kerusi yang diperoleh oleh parti berdasarkan keputusan pilihan raya.
  3. 7.3Sekiranya sesebuah parti memperoleh sejumlah kerusi di sesebuah negeri, kerusi tersebut hendaklah diisi oleh calon mengikut turutan dalam senarai keutamaan, bermula daripada calon pada kedudukan pertama dan seterusnya sehingga jumlah kerusi yang diperoleh oleh parti berkenaan dipenuhi.Contoh: Sekiranya sesebuah parti memperoleh lima (5) kerusi, calon pada kedudukan 1 hingga 5 dalam senarai keutamaan parti tersebut akan mengisi kerusi berkenaan.

Pengisian Kerusi Berdasarkan Senarai Keutamaan

Negeri / Wilayah Kerusi Kadar Minoriti Min. Minoriti Kelompok 1 Kelompok 2 Kelompok 3 Agihan Minoriti (K1–K2–K3)
Johor 26 30% 8 1–8 9–17 18–26 2–3–3
Kedah 15 30% 5 1–5 6–10 11–15 1–2–2
Kelantan 14 10% 1 1–4 5–9 10–14 0–1–0
Melaka 6 30% 2 1–2 3–4 5–6 1–1–0
Negeri Sembilan 8 30% 2 1–2 3–5 6–8 0–1–1
Pahang 14 30% 4 1–4 5–9 10–14 1–2–1
Pulau Pinang 13 30% 4 1–4 5–8 9–13 1–1–2
Perak 24 30% 7 1–8 9–16 17–24 2–2–3
Perlis 3 Dikecualikan 0 — — — Dikecualikan
Sabah 25 30% 8 1–8 9–16 17–25 2–3–3
Sarawak 31 30% 9 1–10 11–20 21–31 3–3–3
Selangor 22 30% 7 1–7 8–14 15–22 2–2–3
Terengganu 8 10% 1 1–2 3–5 6–8 1–0–0
W.P. Kuala Lumpur 11 30% 3 1–3 4–7 8–11 1–1–1
W.P. Labuan 1 Dikecualikan 0 — — — Dikecualikan
W.P. Putrajaya 1 Dikecualikan 0 — — — Dikecualikan

Nota: Agihan di atas menetapkan bilangan minimum calon minoriti bagi setiap kelompok. Parti boleh mengemukakan calon minoriti melebihi jumlah minimum yang ditetapkan, tertakluk kepada pematuhan susunan dan syarat penamaan calon PBMy.

Aliran Proses Pencalonan

Setiap parti berdaftar dalam sistem e-PBMy mesti mengemukakan senarai calon yang disusun mengikut keutamaan untuk mewakili parti mereka dalam sistem parlimen Parlimen Belia Malaysia.

Parti Berdaftar

Parti menyediakan senarai calon mengikut bilangan kerusi negeri

Senarai Calon

Senarai diserahkan kepada Sekretariat PBMy untuk semakan

Portal Rasmi

Senarai calon diumumkan di portal PBMy untuk tontonan awam

Proses Pencalonan

Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pencalonan yang lengkap dan sah:

  1. Penyerahan senarai calon kepada Sekretariat PBMy mengikut bilangan kerusi parlimen di negeri masing-masing.
  2. Calon mestilah memenuhi semua syarat pencalonan.
  3. Keperluan Keseimbangan Wakil dalam Senarai Calon inklusiviti dan kepelbagaian. (Wanita, Belia Luar Bandar, Belia Orang Asli/Pribumi Sabah dan Sarawak, Belia OKU dan Belia Minoriti Agama dan Kaum)
  4. Memastikan susunan keutamaan calon tidak menyingkirkan kumpulan minoriti ke kedudukan bawah.
  5. Senarai calon akan dimuat naik dalam portal rasmi PBMy untuk tatapan umum.
  6. Penarikan diri calon selepas penamaan tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab tertentu dengan pengesahan sekretariat.

Perwakilan Inklusif Belia

PBMy mempromosikan perwakilan belia yang inklusif, memastikan pelbagai suara hadir dalam sistem Parlimen Belia. Kami menggalakkan parti untuk mencalonkan calon dari pelbagai latar belakang.

Wanita

Kuota 30% wanita dalam politik diperjuangkan untuk memperkukuh demokrasi dan memastikan perwakilan yang inklusif.

Belia Luar Bandar

Memastikan penglibatan belia luar bandar dalam bidang politik untuk terdedah dengan pengetahuan baru dan meluaskan jaringan perhubungan.

Orang Asli & Anak Negeri

Etnik minoriti digalakkan untuk mengambil bahagian secara penuh bagi memastikan suara mereka didengar.

OKU

Menggalakkan penglibatan wakil OKU dalam politik supaya suara mereka diwakili dan tidak berlaku keciciran terhadap golongan ini.

© 2026 Parlimen Belia Malaysia