TERAS 1: PENGUKUHAN LITERASI DEMOKRASI DAN LEGISLATIF BELIA
(WAJIB – semua Ahli PBMy)
Objektif
Meningkatkan kefahaman belia mengenai sistem demokrasi berparlimen serta proses penggubalan undang-undang di Malaysia.
Senarai Modul
- 1.1 Pengenalan Sistem Demokrasi Berparlimen
- 1.2 Struktur dan Fungsi Parlimen Malaysia
- 1.3 Proses Penggubalan Undang-Undang
- 1.4 Tatacara dan Etika Dewan
- 1.5 Simulasi Sidang Parlimen
Hasil Pembelajaran
• Memahami sistem demokrasi negara
• Menguasai asas proses legislatif
• Berupaya menyertai simulasi sidang dewan
TERAS 2: KEPIMPINAN BELIA BERINTEGRITI DAN BERWAWASAN
(Asas kemahiran & praktikal)
Objektif
Melahirkan pemimpin belia yang mempunyai integriti, visi strategik dan keupayaan memimpin masyarakat.
Senarai Modul
- 2.1 Asas Kepimpinan Transformasional
- 2.2 Integriti dan Tadbir Urus Baik
- 2.3 Pengurusan Konflik dan Konsensus
- 2.4 Komunikasi Kepimpinan
- 2.5 Kepimpinan Strategik Nasional
Hasil Pembelajaran
• Membangunkan kepimpinan berintegriti
• Menguasai kemahiran komunikasi pemimpin
• Mampu mengurus konflik organisasi
TERAS 3: PLATFORM ADVOKASI DASAR DAN PENYERTAAN BELIA
(Teras paling strategik PBMy)
Objektif
Memperkasa belia untuk terlibat secara aktif dalam advokasi dasar dan proses pembuatan keputusan negara.
Senarai Modul
- 3.1 Analisis Isu Dasar Awam
- 3.2 Penyediaan Kertas Cadangan
- 3.3 Teknik Perbahasan Polisi
- 3.4 Penyampaian Hujah Dasar
- 3.5 Konsultasi dan Dialog Dasar
Hasil Pembelajaran
• Mampu menganalisis isu nasional
• Mampu menghasilkan kertas dasar
• Meningkatkan kemahiran advokasi
TERAS 4: REFORMASI BUDAYA INSTITUSI DAN INOVASI PROGRAM
(Peringkat tinggi & pembentukan watak)
Objektif
Menggalakkan inovasi organisasi serta membina budaya institusi yang dinamik dan progresif.
Senarai Modul
- 4.1 Pemikiran Inovatif dalam Organisasi
- 4.2 Transformasi Budaya Organisasi
- 4.3 Digital Governance dan Platform Belia
- 4.4 Inovasi Program Belia
- 4.5 Mengatasi Pike Effect dalam Organisasi
Hasil Pembelajaran
• Membina budaya inovasi
• Mengadaptasi teknologi dalam organisasi
• Mengatasi kekangan pemikiran lama (Pike Effect)
TERAS 5: JARINGAN STRATEGIK NASIONAL DAN ANTARABANGSA
(Selari agenda antarabangsa PBMy)
Objektif
Memperluaskan jaringan kerjasama bagi meningkatkan pendedahan global serta pembangunan kapasiti kepimpinan belia.
Senarai Modul
- 5.1 Diplomasi Belia
- 5.2 Hubungan Antarabangsa dan Belia
- 5.3 Kerjasama Strategik Institusi
- 5.4 Kepimpinan Belia Global
Hasil Pembelajaran
• Meningkatkan jaringan strategik
• Memahami diplomasi belia
• Membangunkan kepimpinan global