PORTAL RASMI
PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBMy)

"Suara Belia, Suara Demokrasi"

PORTAL RASMI
PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBMy)

"Suara Belia, Suara Demokrasi"

Latar Belakang

Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM)

Parlimen Belia Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan merupakan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Program ini telah menjadi satu wadah perbincangan yang lebih inklusif kepada para belia yang berminat untuk menyatakan pandangan dan cadangan dari sudut pandang belia. Sehingga kini, program Parlimen Belia telah dapat mengukuhkan dan memperkasakan peranan belia dalam menyumbang kepada perubahan demokrasi yang lebih progresif.

Pelaksanaan program ini secara umumnya telah berjaya menjadi platform menyuarakan pandangan mereka namun begitu ia kurang memberi impak kepada perwakilan belia dalam institusi politik. Sepanjang Program ini dilaksanakan dari 2015 hingga 2024, melibatkan 526 orang belia yang telah dipilih. Walau bagaimanapun, hanya lima orang Ahli Parlimen Belia pernah bertanding semasa pilihan raya negeri dan berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, manakala di Parlimen Malaysia, masih tiada perwakilan di kalangan alumni Parlimen Belia.

Statistik juga menunjukkan komposisi Ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 dalam kalangan golongan ahli parlimen muda juga rendah, iaitu hanya 19 orang berumur di bawah umur 40 tahun (hanya 8.5% daripada keseluruhan kerusi), manakala di Dewan Negara hanya terdapat 3 orang senator sahaja yang berumur di bawah umur 40 tahun.

Pada Oktober 2023, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju agar Parlimen Belia Malaysia diurus dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Parlimen Malaysia. Keputusan ini memberi satu penghormatan kepada Parlimen Malaysia yang merupakan badan perundangan tertinggi negara dan sekaligus akan menjadi ruang utama kepada golongan belia untuk berwacana mengikut acuan demokrasi berparlimen.

Objektif PBM

Pengetahuan & Kemahiran

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan generasi muda demi penerusan kepimpinan negara jangka panjang.

Satu Pendedahan

Sebagai pendedahan kepada belia bagaimana proses undang-undang dibuat serta memahami sistem pentadbiran negara.

Trend Pembangunan Belia

Mengenal pasti trend pembangunan belia untuk disesuaikan dengan pembentukan polisi pentadbiran negara serta meningkatkan sosialisasi politik dalam kalangan belia

Statistik Perbahasan Usul Persidangan 2015-2023

Statistik Perbahasan Usul Persidangan Pencapaian Usul PBM

Ketahui Pencapaian Kejayaan PBM (KBS)

APBM SESI 1 (2015-2016)

  1. YBHG. DATO’ IDZHAM MOHD HASHIM
    Chief Executive Officer (CEO) Iskandar Investment Berhad
  2. MOHD FIRDAUS AHMAD
    Exco Negeri Kedah & ADUN Kuah, Langkawi, Kedah
  3. DR AKMAL BIN SALLEH
    Exco Negeri Melaka & ADUN Merlimau, Melaka
  4. ALLAN SIDENGRAMONG
    ADUN Machan, Sarawak
  5. ROYSTON VALENTINE
    ADUN Telian, Sarawak

APBM SESI 2 (2017-2018)

  1. ARTHUR CHIONG SEN SERN
    ADUN Bukit Batu, Johor
  2. MOHAMED KHAIRUL AZMAN BIN ABDUL AZEE Z
    Naib Presiden II Majlis Belia Malaysia
  3. GOBI A/L KUMARAN
    Naib Presiden III Majlis Belia Malaysia
  4. PUAN SITI SOKHLEHA BINTI NORDIN
    Pengawai Khas Menteri Kementerian Pengajian Tinggi
  5. ENCIK DANIAL KHALEQ MOHD ALI
    Pengawai Menteri Kementerian Pengajian Tinggi

APBM SESI 3 (2019-2022)

  1. DANESH RAJ NAGARAJAN (2019)
    Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia 21/24 (TERMUDA)
  2. FARHAN BIN MOKHALI
    Ketua Putera Malaysia
  3. DR. SHANTESH KUMAR SANGAR
    Timbalan Ketua Putera MIC Kebangsaan
  4. AZHAR KAMARUZAMAN
    EXCO Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan

Media

© 2026 Parlimen Belia Malaysia