Aliran Proses Pilihan Raya
Parlimen Belia Malaysia menggunakan sistem Sistem Perwakilan Berkadar Berasaskan Senarai Parti, di mana pengundi memberikan undi kepada parti. Jumlah kerusi yang diperoleh oleh setiap parti akan ditentukan berdasarkan jumlah undi yang diterima oleh parti tersebut.
Undian Pengundi
Pengundi memberikan undi mereka kepada parti pilihan
Pengiraan Undi Parti
Dikira menggunakan formula Hare Quota
Agihan Kerusi
Diagihkan berdasarkan perkadaran undi yang diterima
Jumlah Kerusi Parlimen Mengikut Negeri
| Bendera | Negeri / Wilayah ⇅ | Jumlah Kerusi ⇅ |
|---|---|---|
![]() |
Johor | 26 |
![]() |
Kedah | 15 |
![]() |
Kelantan | 14 |
![]() |
Melaka | 6 |
![]() |
Negeri Sembilan | 8 |
![]() |
Pahang | 14 |
![]() |
Pulau Pinang | 13 |
![]() |
Perak | 24 |
![]() |
Perlis | 3 |
![]() |
Sabah | 25 |
![]() |
Sarawak | 31 |
![]() |
Selangor | 22 |
![]() |
Terengganu | 8 |
![]() |
Kuala Lumpur | 11 |
![]() |
Labuan | 1 |
| Putrajaya | 1 | |
| - | Jumlah Keseluruhan | 222 |
Setiap parti harus mencalonkan ahli parlimen PBMy yang dipertandingkan mengikut negeri. Jika gagal berbuat demikian dan jumlah ahli tidak mencukupi, parti tersebut akan disingkirkan daripada Pilihan Raya.
Formula Hare Quota
Formula Hare Quota digunakan untuk menentukan jumlah undi yang diperlukan untuk memperoleh satu kerusi.
Hare Quota
Formula ini menentukan bilangan undi yang diperlukan untuk mendapat satu kerusi
Penetapan nilai ambang undian sebanyak 5% untuk satu kerusi
Contoh Pengiraan
Negeri
Kedah
150,000
15
150,000 ÷ 15 = 10,000
1 kerusi = 10,000
| Parti | Jumlah Undian yang Dimenangi | Bilangan Kerusi Mengikut Parti |
|---|---|---|
| A | 30,000 | 3 |
| B | 20,000 | 2 |
| C | 10,000 | 1 |
| D | 22,000 | 2.2 (2 kerusi) |
| E | 40,000 | 4 |
| F | 18,000 | 1.8 (2 kerusi) |
| G | 10,000 | 1 |
| Jumlah Parti = 7 | Jumlah undian = 150,000 | Jumlah kerusi = 15 (2.2 dikira 2 kerusi dan 1.8 dikira 2 kerusi) |
Proses pengagihan undi dijalankan dalam dua pusingan bagi memastikan tiada undi yang terbazir.
Pusingan Pertama
Memperuntukkan kerusi berdasarkan kuota penuh yang dicapai oleh setiap parti.
Pusingan Kedua
Menggunakan Kaedah Baki Terbesar (largest remainder method), yang mana baki kerusi diagihkan satu demi satu kepada parti yang mempunyai baki undi tertinggi sehingga semua kerusi diisi sepenuhnya.














