Senarai lengkap parti yang berdaftar dalam sistem ePBMy
Belia yang berminat boleh memohon untuk menjadi ahli mana-mana parti berdaftar melalui sistem ePBMy.
Belia juga boleh menubuhkan parti baharu dengan memenuhi syarat pendaftaran yang ditetapkan.
Nursyahida Binti Zulkarnain
Raja Muhammad Arif Afifudin Bin Raja Ahmad Iskandar
Muhammad Adam Syakir bin Jalaluddin
13-11-2025
Manifesto:
1. Memperkasa Gerakan Akar Umbi
Nik Ahmad Nuri Bin Nik Ismail
Ahmad Shauqi bin Johara
Muhammad Ikmal Rajaie Bin Rosli
13-11-2025
Parti Belia Sejahtera (PRISMA) ditubuhkan sebagai wadah politik baharu yang menghimpunkan suara generasi muda berteraskan nilai sejahtera, berakhlak dan progresif. Nama PRISMA melambangkan kepelbagaian warna dan pandangan anak muda yang disatukan dalam satu cahaya perjuangan demi menuju kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Wan Amsyar Hadie Bin Wan Mahadi
Muhammad Syazwan bin Salleh Huddin
Jazri Danish
13-11-2025
Parti Generasi Progresif (PGP) ialah sebuah kumpulan idea dan organisasi dalam ekosistem Parlimen Belia Malaysia, ditubuhkan untuk menggalakkan pemikiran dasar, perbincangan progresif, dan penglibatan anak muda dalam isu-isu nasional.
PGP berfungsi sebagai platform pembelajaran dan latihan kepimpinan, di mana belia boleh meneroka proses pembuatan dasar, membina projek komuniti, serta mengasah kemampuan advokasi secara berstruktur. Penubuhan ini memberi ruang kepada generasi muda untuk menghasilkan idea baharu, memahami dinamika pembangunan negara, dan menyumbang melalui program yang inklusif dan progresif.
Manifesto :
Muhammad Haikal Bin Mohammad Hatta
Siti Zulaikha Binti Abdullah
Abdullah Zaid Bin Abdullah Sani
13-11-2025
Manifesto :
PENDIDIKAN. GENERASI percaya bahawa pendidikan ialah asas kepada perubahan masyarakat dan pembangunan kepimpinan muda.
Dasar pendidikan parti ini menumpukan kepada
EKONOMI. GENERASI mahu melahirkan generasi muda yang berdaya saing dalam ekonomi moden dan beretika.
Dasar ekonomi parti berasaskan:
SOSIAL. GENERASI menegakkan prinsip kesejahteraan sosial dan perpaduan antara belia tanpa mengira latar belakang. Dasar sosial ini merangkumi :
ROHANI. GENERASI berpegang bahawa pembangunan belia mesti seimbang antara intelektual dan spiritual. Dasar rohani berasaskan :
Nurul Najiha Binti Mohd Fairulzaman
Muhammad Amirul Mukminin Bin Mohd Sufian
Nurzahira Azreen Binti Mohd Zaid
16-12-2025
“NADI” merujuk kepada denyut utama yang menghidupkan sesebuah tubuh. Parti Nadi membawa makna bahawa anak muda ialah nadi negara, penggerak utama perubahan sosial, ekonomi dan demokrasi negara. Ia mencerminkan gerakan progresif yang dipimpin oleh anak muda untuk anak muda.
Manifesto :
Parti NADI tampil sebagai denyut nadi perubahan belia untuk membina politik yang terbuka, berprinsip dan bertanggungjawab.
Kami percaya masa depan negara tidak boleh terus dibentuk oleh politik lama yang tertutup, tidak seimbang dan kurang berakauntabiliti. Generasi muda bukan sekadar pemerhati, tetapi pembentuk hala tuju negara hari ini.
Berteraskan nilai, bukti dan tanggungjawab bersama, Parti NADI mengangkat tiga teras utama sebagai perjuangan kami:
1. KETERBUKAAN DAN KESAKSAMAAN
Parti NADI percaya demokrasi yang matang lahir daripada keterbukaan, ketelusan dan penyertaan yang inklusif.
Parti NADI menolak politik elit yang menutup ruang suara rakyat. Kami memperjuangkan proses membuat keputusan yang adil, inklusif dan memberi tempat kepada kepelbagaian perspektif — khususnya:
– Wanita
– Anak muda
– Golongan rentan dan terpinggir
Kesaksamaan bukan sekadar layanan sama rata. Ia menuntut dasar yang memahami jurang peluang, akses dan keperluan sebenar masyarakat. Keadilan sebenar ialah memastikan tiada sesiapa tertinggal dalam arus pembangunan.
Komitmen kami:
Membina budaya kepimpinan yang telus, boleh dipersoal dan sentiasa membuka ruang dialog dua hala antara wakil dan masyarakat.
2. KUALITI PENDIDIKAN
Parti NADI melihat pendidikan sebagai asas mobiliti sosial dan kekuatan daya saing negara, bukan beban jangka panjang kepada belia.
Sistem pendidikan mesti menjadi laluan yang jelas dan bermakna ke arah:
– Pekerjaan yang bermaruah
– Kebolehpasaran yang relevan dengan keperluan semasa
– Kehidupan yang stabil dan berdaya tahan
Kami menolak realiti di mana anak muda berkelayakan tetapi terperangkap dalam kitaran hutang, gaji rendah dan ketidakpastian ekonomi.
Komitmen kami:
Memperjuangkan sistem pendidikan yang selari dengan keperluan dunia pekerjaan, menekankan kemahiran masa depan dan menjamin akses pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
3. TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Kebebasan tanpa integriti akan melemahkan demokrasi.
Parti NADI menegaskan bahawa kebebasan mesti berjalan seiring dengan akauntabiliti, etika dan prinsip.
Belia bukan sekadar ejen perubahan, tetapi merupakan pemegang amanah kepimpinan masa depan negara. Setiap suara dan pendirian harus berasaskan:
– Fakta
– Prinsip
– Tanggungjawab terhadap masyarakat majmuk
Kami percaya budaya wacana yang matang, berfakta dan beretika ialah asas kepada politik belia yang membina, bukan memecah-belahkan.
Komitmen kami:
Membudayakan kepimpinan berintegriti, komunikasi berhemah dan penglibatan masyarakat yang bertanggungjawab.
Penutup
Parti NADI tampil dengan keyakinan bahawa belia bukan sekadar pewaris masa depan, namun belia ialah pembentuk masa kini. Dengan keterbukaan, pendidikan berkualiti dan tanggungjawab sosial sebagai teras perjuangan, Parti NADI komited membina landskap kepimpinan belia yang lebih adil, berdaya saing dan berprinsip.
Muhammad Haziq Bin Mohd Nor Hishamudin
Aqma Danial Haziq Bin Ahmad Daud
Muhammad Daniel Bin Saifullizan
16-12-2025
Parti Belia Demokratik Nasional (DemNas) merupakan sebuah parti belia yang ditubuhkan untuk memperjuangkan suara generasi muda secara adil dan saksama. Parti ini terbuka kepada semua belia tanpa mengira kaum, agama, jantina, latar belakang sosioekonomi, pendidikan atau lokasi geografi. Prinsip utamanya ialah kesaksamaan, keadilan sosial dan perpaduan. DemNas percaya bahawa setiap belia berhak mendapat peluang yang sama untuk bersuara dan memimpin.
Manifesto :
ASAS PERJUANGAN DEMNAS
Tan Li Pei
Yap Yoong Hong
Lim Khai Sung Joshua
02-12-2025
NeoDem merupakan sebuah parti politik belia baharu yang membawa nafas segar dalam demokrasi Malaysia – lebih inklusif, lebih progresif dan lebih berpaksikan suara rakyat, khususnya anak muda.
Darren Nazarene Donald Leson
Khairul Haziq Bin Rasnin
Mohd Shafwan Bin Mohd Hasat @ Arshad
18-12-2025
Sebuah gerakan belia Sabah yang mempersiapkan pemuda dan pemudi sebagai penerus kepimpinan dan masa depan Sabah.
Manifesto :
3 Teras Perjuangan Parti Pemuda Pemudi Sejahtera (PPS)
Rais Sobri Bin Sapiullah
Chan Pui Yun
Amuddin Saifudin Bin Zulqurnain
19-12-2025
KENYATAAN RASMI
PENUBUHAN PARTI GABUNGAN BELIA BERSATU (PGBB)
Parti Gabungan Belia Bersartu (PGBB) merupakan sebuah platform yang menghimpunkan kepimpinan belia dari Sabah dan Sarawak dalam satu wadah bersama, bagi memperjuangkan suara, kepentingan dan aspirasi semua pihak secara inklusif, progresif dan berprinsip di peringkat nasional.
Penubuhan PGBB dalam Parlimen Belia Malaysia melambangkan tekad belia Borneo untuk bersatu di bawah satu platform yang kukuh, bagi memastikan suara belia bukan sahaja didengari, malah diangkat sebagai rakan strategik dalam pembentukan dasar negara.
PGBB percaya bahawa kesatuan belia adalah kunci kepada kepimpinan masa depan yang berdaya saing, berintegriti dan berteraskan kepentingan rakyat.
Seiring dengan itu, PGBB turut komited dalam memperjuangkan pemahaman, penghayatan dan pelaksanaan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara adil dan menyeluruh.
PGBB percaya bahawa MA63 merupakan asas penting kepada pembentukan Persekutuan Malaysia yang berteraskan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Justeru, suara belia Sabah dan Sarawak harus terus diperkasa sebagai rakan setara dalam memastikan aspirasi MA63 difahami serta dilaksanakan demi kesejahteraan bersama.
Parti Gabungan Blok Borneo bukan ditubuhkan atas semangat kenegerian sempit, sebaliknya berlandaskan prinsip “Borneo Maju, Malaysia Maju”. PGBB komited memperjuangkan kemajuan Malaysia secara menyeluruh, sambil memastikan hak, peranan dan sumbangan Sabah dan Sarawak terus diperkasa sebagai rakan setara dalam Persekutuan.
Melalui kepimpinan yang berprinsip dan berpandangan jauh, PGBB berazam merealisasikan aspirasi rakyat yang ingin melihat Sabah dan Sarawak bersatu di bawah satu suara, satu platform dan satu perjuangan demi kepentingan bersama, keadilan pembangunan dan masa depan negara yang lebih seimbang.
“Suara Borneo,Nadi Malaysia”
Manifesto :
7 TERAS PERJUANGAN PGBB
Mohamad Amansyah Bin Jaafar
Reichard Owens LRM Cherles
Indah Mirnawati Binti Syarifudin
18-05-2026
Manifesto :
Mewujudkan sebuah platform pembangunan kepimpinan belia yang sistematik bagi melahirkan generasi pemimpin muda yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing. Melalui Akademi Kepimpinan Belia, anak muda akan diberikan latihan dalam aspek kepimpinan, komunikasi, pengucapan awam, pengurusan organisasi, pendidikan politik, pembangunan sahsiah dan kerja berpasukan agar mampu menjadi pemimpin masyarakat serta pemimpin negara pada masa hadapan.
2. Pusat Networking Belia
Membina pusat networking dan jaringan belia terbesar di Malaysia yang menghimpunkan anak muda dari pelbagai negeri, kaum, latar belakang dan bidang kepakaran. Platform ini akan membuka peluang kepada belia untuk membina hubungan strategik, berkongsi idea, menjalinkan kerjasama serta memperluaskan peluang dalam bidang pendidikan, kerjaya, keusahawanan, organisasi dan pembangunan diri demi melahirkan komuniti belia yang progresif dan saling menyokong antara satu sama lain.
3. Suara Belia Dalam Pembuatan Dasar
Menjadi platform rasmi yang membawa suara, pandangan dan aspirasi anak muda ke peringkat yang lebih tinggi dalam proses pembangunan negara. Parti Mandat Belia komited memastikan isu berkaitan pendidikan, peluang pekerjaan, kos sara hidup, pembangunan belia dan masa depan generasi muda diberikan perhatian serius melalui penglibatan aktif belia dalam perbincangan, cadangan dasar dan proses membuat keputusan demi membina masa depan Malaysia yang lebih baik dan inklusif untuk generasi akan datang.
Mohd Azhari Afirul bin Amiruddin
Mohammad Fiehzan
Mohd Fauzan Bin Mohd
26-12-2025
Parti Aspirasi Belia Sabah (PABS) ditubuhkan sebagai sebuah wadah politik belia yang berperanan menghimpunkan aspirasi, idea dan suara generasi muda Sabah secara berstruktur, inklusif dan bertanggungjawab. PABS berpandukan prinsip demokrasi berparlimen serta berhasrat memperkukuh penyertaan belia dalam proses pembinaan dasar dan pembangunan negeri serta negara.
Muhammad Hakim Bin Mohd Helmy
Najiah binti Babar
Wan Amir Hakim Bin Wan Mohd Asdi
19-01-2026
Parti Generasi Wawasan Malaysia ialah sebuah parti belia yang berhasrat mewujudkan sebuah negara yang berwawasan ke arah kemajuan dengan disulami tanggungjawab terhadap kelestarian global. Asas perjuangan ini dibawa dengan berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan, memelihara dan mengangkat Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara dalam usaha mewujudkan masyarakat yang progresif, demokratik, inklusif, bertimbang rasa dan adil.
Manifesto:
7 TERAS WAWASAN Future Generation Framework
WIBAWA KEPIMPINAN
Teras ini memberi fokus kepada pembangunan kepimpinan anak muda yang berintegriti, kompeten dan berpandangan jauh. WAWASAN percaya masa depan negara bergantung kepada kemampuan generasi muda untuk memimpin dengan ilmu, nilai dan tanggungjawab, bukan sekadar populariti atau pengaruh politik semata-mata.
AKSES PELUANG
Teras ini memperjuangkan akses yang lebih adil terhadap pendidikan, pekerjaan, pembangunan kemahiran dan peluang ekonomi tanpa mengira latar belakang. WAWASAN percaya setiap anak muda berhak mempunyai peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik serta mencapai mobiliti sosial yang mampan.
AKSES PELUANG
Teras ini memperjuangkan akses yang lebih adil terhadap pendidikan, pekerjaan, pembangunan kemahiran dan peluang ekonomi tanpa mengira latar belakang. WAWASAN percaya setiap anak muda berhak mempunyai peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik serta mencapai mobiliti sosial yang mampan.
WACANA DEMOKRATIK
Teras ini menekankan budaya demokrasi yang sihat, politik berasaskan idea dan keterbukaan dalam perbincangan awam. WAWASAN komited untuk membina masyarakat yang celik politik, memahami dasar negara serta mengangkat budaya dialog dan pemikiran kritikal dalam kalangan rakyat.
AGENDA MASA DEPAN
Teras ini memberi fokus kepada kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran masa depan termasuk teknologi, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, pekerjaan baharu dan perubahan global. WAWASAN percaya Malaysia perlu bergerak lebih pantas dalam membina negara yang inovatif, moden dan berdaya saing.
SEMANGAT NASIONALIS
Teras ini memperjuangkan perpaduan nasional, keharmonian masyarakat dan identiti Malaysia yang progresif tanpa mengabaikan nilai agama, budaya dan Perlembagaan negara. WAWASAN percaya generasi muda perlu dibina dengan semangat patriotisme moden yang menyatukan rakyat demi masa depan bersama.
ALAM & KELANGSUNGAN
Teras ini memberi penekanan kepada pembangunan mampan, perlindungan alam sekitar dan tanggungjawab terhadap generasi masa depan. WAWASAN percaya kemajuan negara perlu diseimbangkan dengan kelestarian alam, kesejahteraan masyarakat dan kualiti hidup rakyat.
NILAI INTEGRITI
Teras ini menegaskan komitmen terhadap integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam kepimpinan serta pentadbiran. WAWASAN menolak budaya politik toksik, rasuah dan penyalahgunaan kuasa demi membina kepercayaan rakyat terhadap institusi dan kepimpinan negara.
Parti Mandat Belia ditubuhkan sebagai sebuah platform pembangunan kepimpinan belia yang menghimpunkan anak muda dari seluruh Malaysia bagi melahirkan generasi pemimpin yang kompeten, berkualiti dan berintegriti. Penubuhan parti ini lahir daripada keperluan untuk menyediakan ruang kepada belia mengasah potensi kepimpinan, membentuk Ahli Parlimen Belia yang berkualiti serta mewujudkan pusat networking yang menghimpunkan belia-belia berpotensi dari pelbagai latar belakang demi membina masa depan Malaysia yang lebih progresif, matang dan berdaya saing.
Manifesto :