Apa itu Proportional Representation?
Sistem Perwakilan Berkadar (Proportional Representation) membahagikan kerusi Parlimen secara adil mengikut peratusan undi yang diterima supaya setiap undian belia mempunyai nilai perwakilan yang tepat.
Kenapa PBMy guna Proportional Representation?
Sistem PR digunakan dalam PBMy untuk menjamin perwakilan yang lebih adil dan inklusif dan membolehkan pelbagai kelompok suara belia terlibat aktif dalam pembentukan dasar negara.
Kelebihan Proportional Representation
- Perwakilan lebih adil
- Memberi peluang dan ruang untuk parti kecil
- Mengurangkan dominasi satu parti
- Tingkatkan penyertaan pengundi
- Mengelak politik konsensus
Sistem Party List
Sistem Party List adalah kaedah pilihanraya di mana pengundi memilih parti, dan kerusi diagihkan secara berkadar kepada setiap parti berdasarkan undi yang diterima.
Undi untuk Parti
Pengundi mengundi parti, bukan individu calon
Agihan Berkadar
Kerusi diagihkan mengikut perkadaran undi
Senarai Calon
Parti mengisi kerusi menggunakan senarai calon mereka
PBMy menggunakan Closed Party List
Closed Party List
- •Pengundi hanya memilih parti
- •Agihan kerusi bermula dari calon teratas senarai mengikut quota yang ditetapkan
- •Calon yang dipilih berdasarkan nombor urutan. Jika parti mendapat dua kerusi, calon yang dipilih adalah no 1 dan 2
Mengikut formula Hare Quota, kerusi yang dimenangi adalah hak milik parti PBMy. Jika ahli Parlimen PBMy hilang kelayakan atau digugurkan, parti mesti mencalonkan pengganti untuk diluluskan oleh Lembaga Tadbir Urus (LTU).
Contoh Proportional Representation di Negara Lain
Sila lihat contoh di sini.